Home » » Wartawan maut, seorang lagi cedera ditembak di Afghanistan

Wartawan maut, seorang lagi cedera ditembak di Afghanistan

KHOST: Seorang wartawan wanita Barat (Kathy Gannon) ditembak mati manakala seorang lagi cedera di wilayah timur Afghanistan semalam, kata polis menjelang pilihan raya presiden negara itu.

“Dua wartawan wanita ditembak pagi ini di dalam sebuah ibu pejabat polis daerah, seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah,” kata jurucakap wilayah Khost, Mobarez Mohammad Zadran kepada AFP.
Zadran dan timbalan ketua polis Khost, Yaqub Mandozai berkata lelaki bersenjata terbabit mengenakan pakaian seragam polis.

Wanita berkenaan adalah wartawan Barat kedua terbunuh di Afghanistan ketika kempen pilihan raya selepas wartawan Sweden, Nils Horner ditembak mati di Kabul pada 11 Mac.

Pemberita kanan AFP Afghanistan, Sardar Ahmad, isteri serta dua daripada tiga anak lelakinya terbunuh pada 20 Mac apabila sekumpulan lelaki menyeludup masuk pistol ke hotel Serena yang dikawal ketat di Kabul dan menembak mati sembilan yang lain termasuk empat warga asing.

Horner, 51 seorang veteran radio kebangsaan Sweden terbunuh ketika melakukan penyelidikan sebuah berita mengenai satu serangan pada Januari di sebuah restoran berhampiran yang menyebabkan 21 orang terbunuh termasuk 13 rakyat asing.

Wilayah Khost bersempadan dengan kawasan puak Utara Waziristan di Pakistan adalah kubu kuat rangkaian militan Haqqani yang dipersalahkan kerana beberapa serangan berprofil tinggi di Afghanistan kebanyakan membabitkan rakyat asing. – AFP






0 comments:

Post a Comment