BANGKOK 23 Mei - Pemimpin tentera Thailand menyatakan hari ini bahawa perlembagaan negara digantung, selepas rampasan kuasa dilakukan.
Mereka menyatakan, ia dilakukan bagi menamatkan persengketaan politik yang berlangsung beberapa bulan lalu.
"Dalam usaha untuk mentadbir negara ini dengan lancar, pemimpin tentera telah menggantung perlembagaan 2007, kecuali bab di bawah pentadbiran Diraja," kata satu kenyataan yang keluarkan dalam televisyen tempatan. - AFP
Tentera Thailand arah gantung program televisyen
Tentera Thailand hari ini mengarahkan kesemua stesen televisyen dan radio untuk menggantung program-program biasa mereka dan memaparkan siaran tentera sahaja ekoran rampasan kuasa yang berlangsung.
Tindakan itu dilakukan bagi memastikan berita yang tepat disiarkan kepada orang ramai, kata seorang jurucakap tentera di dalam satu pengumuman di televisyen.
Ketua Tentera Thailand, Prayut Chan-O-Cha melakukan satu rampasan kuasa tentera semalam, menggulingkan kerajaan yang dipilih dan meletakkan negara ke dalam keadaan yang tidak menentu selepas beberapa bulan persengketaan politik buntu. - Agensi
Kini negara Thailand sudah nyaman, tidak adanya perarakan dan unjuk rasa
ReplyDeleteantara berbaju biru dengan berbaju merah, kadangkala banyak juga baju warna
antara antara rakyat total. Perdana Menteri bersama anggota kabinet Thailand telah direhatkan untuk idah yang tak boleh dijangka. Tergantung sepenuhnya kepada pihak
tentera yang mengambil kuasa dan Raja Thailand sahaja. Kesemua Perlembagaan
Thailand digantung kecuali bab yang berkaitan dengan pentadbiran Diraja, demikian
juga program televisyen dan radio di Thailand cuma dibenar menggiatkan hebahan
berkaitan kepada pemerintah tentera setiap masa. Walau macamanapun ramai
rakyatnya masih hidup aman dan selesa sungguhpun terganggu kepada beberapa
kebebasan bergerak -- kakitangan pejabat kerajaan dan swasta bertugas seperti
biasa, gedung perniagaan dibuka manakala aktiviti petani, penoreh getah dan
nelayan seadanya sahaja. Perjalanan kenderaan, pengangkutan kargo, bas,
keretapi dan pesawat glokal tidak dianjak. Terima kasih kepada pemmimpin
tentera Thailand yang mengambil kuasa, setelah aman dan selesai segala
masalah, mandat urustadbir negara akan diserahkepada rakyat total.
Berdoa sahaja supaya negara Thailand tetap aman (antara agama)
dan hubungan dengan semua negara jirannya (Aean) terlaksana
dengan jalinan kesejahteraan yang lebih menyeluroh.