Home » » Azan dan Bacaan Al-Quran Berkumandang di Vatican City

Azan dan Bacaan Al-Quran Berkumandang di Vatican City


VATICAN CITY – Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan diperdengarkan di Vatican City hari ini dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin.

Times of Israel melaporkan, Pope Francis menjemput Presiden Israel; Shimon Peres dan Presiden Palestin; Mahmoud Abbas ke sini bagi kunjungan balas beliau yang melawat Palestin dan Israel minggu lalu.

“Pertemuan Mahmoud, Peres dan Francis akan disertai oleh  pemimpin agama Islam, Yahudi, Kristian dan Islam,” menurut laporan itu.

Pegawai Holy See memaklumkan, solat dan majlis makan malam akan berlangsung bagi melupakan persengketaan dalam politik di antara mereka.

“Pertemuan ini tidak mempunyai matlamat politik. Ia adalah untuk menyatakan hasrat semua pihak untuk melihat keamanan dicapai antara Israel dan Palestin,” katanya dipetik Al Arabiya.

.....
Gambar - Mahmoud dan Francis bertemu kali terakhir di Palestin pada minggu lalu.

.......
Vatican City - adalah negara terkecil di dunia. Berukuran hanya 0.2 batu persegi dan dikelilingi oleh Bandar Rom Di Italy. Vatican City telah diisytiharkan sebuah negara merdeka sejak tahun 1929. Vatican City pada umumnya dikenali sebagai Holy City oleh penganut agama kristian. Didiami oleh lebih kurang 800 orang dimana hampir 75 peratus daripada rakyat Vatican adalah ulama kristian. Vatican City merupakan pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik sedunia.



2 comments:

  1. Berbesarlah harapannya selepas pertemuan antara pemimpin Palestine dengan
    Yahudi bersama Pope Francis dan lain-lain pemimpin agama Islam, Kristian dan
    Yahudi di negara Vatican City maka persengketaan antara Islam (Palestine) dengan Yahudi (israel) apakah selesai dan tamat untuk selamanya. Timbulnya kemungkaran atas persetujuan bersama terhadap teriti perdamaian disepakati, pasti pertelikahan antaranya akan marak kembali. Mahmoud Abbas (Presiden Palestine) bersama
    Simon Peres (Presiden Israel) perlulah mengambil perihal dengan penuh teliti
    manakala kesemua puak yang menuntut pembentukkan negara Palestine merdeka mesti dipendamkan dan bersamalah dalam satu organisasi. Setelah berjaya mereda
    gangguan Israel, berbalahlah secara demokrasi di dewan parlimen sendiri..

    ReplyDelete
  2. Allah SWT berfirman: “Dan tidak akan sekali-kali redha ke atas kamu yahudi dan nasara, sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka” Al-Baqarah ayat 120.

    Jangan terpedaya. Allah SWT telah memberi peringatan

    ReplyDelete