SYRACUSE, New York 4 April - Majlis Perbandaran New York memberi
kebenaran kepada kumpulan penduduk Islam di kota ini untuk menanggalkan
enam batang salib di atas menara bekas sebuah geraja Katolik di
Syracuse, yang telah kosong untuk dijadikan masjid.
Kira-kira 200 orang penduduk menurunkan tandatangan mereka dalam satu
petisyen melalui dalam talian bagi menggesa Lembaga Pemeliharaan Tanda
Tempat di Syracuse untuk mengetepikan permohonan pemilik baharu gereja
itu, North Side Learning Center untuk menanggalkan serta membina pagar
sepanjang 1.8 meter di kawasan gereja itu.
Sebelum undian dijalankan, Pengerusi jawantankuasa pengubahsuaian
gereja itu, Don Radke berkata, majlis perbandaran itu tidak boleh campur
tangan dalam sesuatu keputusan melibatkan kebebasan agama.
Sebahagian daripada mereka yang hadir pada mesyuarat itu
berbelah-bahagi, ada yang menentang dan sebahagian lagi menyokong
cadangan untuk mengubah gereja itu, lapor laman web Post-Standard.
Mereka yang menandatangani petisyen tersebut termasuk penduduk
tempatan dan bekas jemaah gereja itu menyatakan bahawa bekas gereja Holy
Trinity Catholic Church merupakan mercu tanda di kawasan kediaman itu,
yang dibina oleh pendatang Jerman kira-kira 100 tahun lalu, dan tindakan
menanggalkan salib-salib tersebut akan mencacatkan seni bina bangunan
tersebut.
Gereja tersebut ditutup pada 2010 dan jemaah di gereja itu
digabungkan dengan gereja St. John ekoran kemerosotan jemaah di situ
kerana ramai penduduk di bandar itutelah berpindah ke luar bandar.
North Side Learning Center, sebuah organisasi sukarela yang
menyediakan program celik huruf kepada pendatang telah membeli gereja
dan sekolah di situ pada harga AS$150,000 (RM492,224) pada Disember
lalu.
Pengarah pusat itu, Yusuf Soule berkata, salib-salib tersebut perlu
ditanggalkan kerana umat Islam melarang menyembah berhala atau simbol.
Satu laporan oleh Liga Penduduk Onondaga berkata, terdapat lebih
7,200 pendatang menetap di bandar Syracuse sejak lebih 10 tahun lalu,
dengan majoriti daripada mereka datang dari Burma, Bhutan dan Somalia. -
Agensi

Home »
Amerika Syarikat
» Gereja dibenar menjadi masjid
Gereja dibenar menjadi masjid
Posted by Reformis
Posted on 22:31
with 1 comment
Kesan daripada penghijrahan rakyat Burma, Somalia, Bhutan dan lain-lain telah meningkatkan bilangan penduduka beragama Islam di Syracuse New York City.
ReplyDeleteAkibat perpindahan keluar penduduk asal Syracuse (mungkin tak tahan dengan kehadiran pendatang yang sanggup mencabar semua keadaan) menyebabkan penduduk asal yang beragama Katolik berkurangan dari sehari ke sehari. Maka sebuah daripada gereja Katolik (Holy Trinity Catholic Church) dikosongkan oleh jemaahnya dan disetuju jual kepada pertubuhan Islam, North Side Learning Centre
untuk diubahsuai kepada masjid dan lain-lain aktiviti massa Islam di Syracuse.
Inilah implikasinya atas kemalasan, kecuaian dan kealpaan penduduk asal
sesuatu lokasi, atas kebenaran pemerintah hadirnya pendatang (terutamanya
yang berlainan anutan atau kebudayaan) --- kenyataan keizinan bermastautin atau pemberian identiti pengenalan diri, maka pribumi asali akan berhijrah meninggalkan
tempat lahir, mempertarohkan nasib di tempat yang lebih selamat dan terjamin. Mungkinkah juga Malaysia (limpahan pendatang Indonesia, Filipina, Bangladesh, Burma, Kemboja dan lain-lain lagi selepas diberi keizinan mendiami) pasti terhasil sebegini --- utamakan Islam kerana agama resmi Persekutuan, takkah terasa
tertekan sesama sendiri?