Home » » PM Turki kritik keputusan mahkamah berhubung Twitter

PM Turki kritik keputusan mahkamah berhubung Twitter

ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan yang menarik balik larangan oleh kerajaannya terhadap Twitter pada 20 Mac lalu.

“Kita sudah tentunya terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tetapi saya tidak perlu untuk menghormatinya,” kata perdana menteri itu, sehari selepas halaman media sosial berpangkalan di Amerika Syarikat itu dibenarkan semula beroperasi di Turki.
Kerajaan Erdogan dilanda dua bantahan jalanan sejak Jun dan Disember lalu, berikutan penyebaran maklumat di Twitter, Facebook dan YouTube yang mendakwa mereka yang rapat dengan perdana menteri itu terbabit dalam rasuah.

YouTube masih dilarang berikutan ia juga digunakan untuk membocorkan satu rakaman audio yang dikatakan perbualan antara pegawai tertinggi kerajaan, tentera dan pegawai risikan membincangkan kemungkinan mengenakan tindakan tentera di Syria yang dilanda perang.

Erdogan berkata dalam kes Twitter itu, Mahkamah Perlembagaan perlu menolak permohonan untuk menarik balik sekatan terhadap halaman terbabit yang diusulkan oleh seorang ahli parlimen pembangkang dan dua ahli akademik.

“Nilai moral di negara ini sudah diketepikan. Penghinaan terhadap seorang perdana menteri dan menteri sebuah negara tersebar,” katanya.
Tindakan tegas terhadap internet mencetuskan bantahan dari sekutu NATO Turki dan kumpulan hak asasi kemanusiaan yang menyifatkan ia menyekat hak kebebasan bersuara.

“Ini adalah sebuah syarikat komersial yang mempunyai satu produk,” katanya mengenai khidmat mikro blog San Francisco itu. – AFP

0 comments:

Post a Comment