Home » , » 32 maut banjir buruk di Bosnia, Serbia

32 maut banjir buruk di Bosnia, Serbia


BELGRADE: Hujan paling lebat lebih daripada satu dekad menyebabkan banjir di seluruh Bosnia dan Serbia sehingga meragut sekurang-kurangnya 30 orang dan memaksa lebih 16,000 penduduk dipindahkan dari kawasan perkampungan yang terjejas akibat bencana alam berkenaan, kata pegawai.

"Lebih 20 mayat dibawa ke rumah mayat setakat ini," kata Datuk Bandar Doboj, Bosnia, Obren Petrovic.

Ada mangsa yang lemas ditemui di bandar Samac manakala mayat dua wanita warga emas ditemui di bandar Maglaj, semalam. Selain itu, empat mayat ditemui di Bosnia dan tiga lagi di Serbia, kelmarin.

Pihak berkuasa berkata, angka kematian mungkin meningkat. - AFP


1 comments:

  1. http://bukujudi99.com/ >> panduan cara berjudi untuk membawa hoki dan keberuntungan

    http://fastbet99group.org/ >> agen judi terbesar di asia dan terpercaya memberikan anda pengalaman

    bermain yang fairplay !!! daftar sekarang di sini !! >> http://fortunebet99.cc/pendaftaran/

    ReplyDelete