Home » » Jutaan rakyat boikot pilihan raya Mesir

Jutaan rakyat boikot pilihan raya Mesir


KAHERAH - MESIR. Jutaan rakyat mula memboikot Pilihan Raya Presiden Mesir yang mula mengundi bagi ekspatriat negara itu, kelmarin.

Media melaporkan, gerakan Ikhwanul Muslimin mengesahkan, sebanyak 63 peratus daripada rakyat negara itu tidak akan keluar mengundi.

Pilihan raya kali ini menyaksikan bekas ketua tentera yang melakukan rampasan kuasa, Abdel Fatah Al-Sisi disaingi Hamdeen Sabahi.

Jurucakap Ikhwanul berkata, jika jumlah keluar mengundi adalah 16.7 juta daripada 52 juta pengundi berdaftar sama seperti pilihan raya era Presiden Mohammed Mursi, Al-Sisi berkemungkinan akan tewas.

“Jika separuh daripada 16.7 juta memboikot pilihan raya itu maka Al-Sisi dijangka kalah teruk kerana 50 peratus daripadanya adalah ahli Ikhwanul,” katanya.

Menurutnya, ketika pilihan raya 2012, sebanyak 6 juta pengundi mengesahkan kemenangan Mursi dalam pusingan pertama diikuti oleh Salafi Al-Nour dan Pergerakan Revolusi April 6.

“Jika ada kalangan kami (Ikwanul) keluar mengundi, sudah pasti kami memilih Hamdeen,” katanya dipetik Agensi

Sementara itu, jurucakap parti Salafi Al-Nour  Nader Bakkar berkata, pihaknya juga akan memboikot pilihan raya itu.

“Kami tidak akan sokong Al-Sisi. Beliau bunuh 1,400 penyokong kami ketika penggulingan Mursi Julai lalu. Kami mahukan pemerintahan undang-undang Islam di Mesir bukan undang-undang sekular seperti dirancang Al-Sisi,” katanya.


0 comments:

Post a Comment