Home » » Hamas, Fatah capai sepakat

Hamas, Fatah capai sepakat


RAMALLAH - PALESTIN . Hamas dan Fatah bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dalam perjanjian pembentukan Kabinet baharu, kelmarin.

Pemimpin kanan Hamas Musa Abu Marzouk berkata, Hamas dan Fatah mencapai persetujuan mengenai nama-nama menteri yang akan berkhidmat di dalam kerajaan perpaduan itu nanti.

“Perjanjian itu telah dicapai beberapa hari lalu semasa perbincangan antara Hamas dan pegawai Fatah di Genting Gaza. Kami akan umumkan nama senarai baharu itu sebelum akhir bulan ini,” katanya.

Menurutnya, di bawah perjanjian itu, Hamas dan Fatah diberi tempoh lima minggu untuk membentuk kerajaan dan mengadakan pilihan raya enam bulan kemudian.

Keputusan pembentukan kerajaan perpaduan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan Israel dan mengancam untuk melanjutkan tempoh sekatan ekonomi dan kebebasan terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu Fox News bahawa rundingan dengan Palestin akan terus gagal jika Hamas dan  Fatah membentuk Kabinet perpaduan.

Bulan lalu, perancangan untuk melakukan kerajaan perpaduan diperkuatkan dengan peningkatan penindasan dan pencabulan hak terhadap rakyat Palestin dan beberapa siri serangan rejim Zionis, dipetik dari laporan Al Ahram.




1 comments:

  1. Seberapa ketika berlalu, Presiden Israel dan Palestine bersama Pemimpin
    Utama Gereja Vatican disamping beberapa pemimpin Islam, Yahudi dan Keristian bersemuka, berbincang, bersepakat kata dan menyantap bersama dengan penuh ceria.
    Pemimpin Gereja mengharapkan supaya masalah pertelikahan Palestine dengan Israel
    perlu didamaikan dan mestinya bersepakat sekata demi mengawal keamanan ikatan saudara antara kedua negara (di Israel massa Islam ada demikianlah sebaliknya).

    Kini pula sudah lain cerita yang diberita setelah dua pertubuhan perjuangan
    Palestine (Hamas dan Fatah) bermaufakat menubuhkan kerajaan perpaduan
    (sebelum pilihanraya dalamasa tujuh bulan lagi), Perdana Menteri Israel
    B.Netanyahu menyongsong ikrar presidennya. Sudah menampakkan
    kesusahan dalam menyelesaikan angkara, sebeginikah ragam Yahudi
    (sesama pemimpinnya pun tak sejiwa) sementelahlah semenjak masa nabi
    Muhammad SAW sehingga ke hari ini mereka mencemburui kepada massa Islam
    walau di mana sahaja. Mampukah masyarakat dan pemimpin Islam sedunian bersama
    menyelesaikan setiap angkara yang ditimbulkan oleh mereka kerana dibelakangnya
    ada bunian yang lebih berkuasa (ayam tambatan mereka juga).

    ReplyDelete